Amazon


Tuesday, June 11, 2024

Hati Yang Lara

Lama tak menulis. Its been a while. Banyak yang jadi selepas majlis kahwin adik bongsu aku. Banyak salah faham yang terjadi antara adik2 dan abang depa. Antara abah and mama and anak2.

Susah nak ungkap dengan kata kata sebab apa saja yang di ungkap boleh jdi salah faham. Selagi aku cuba untuk perbetulkan mana yang tak betul. semakin parah keadaan.

Takpalah kena redha saja. Maafkan semua orang dan redha. Cari keredhaan Allah lagi bagus. Hanya dia saja yang paham hamba dia inside out. 

Ada banyak nak update tapi tak terkluar dah apa yg nak dicakap…

Biarlah sampai di sini saja. Moga di lain masa mendapat lebih idea dan kata kata untuk ku nukilkan.


Inline image


Monday, January 02, 2023

Selamat Tahun Baru Semua

     Dah lama aku biar blog nie bersawang. Lama sungguh nak update kan. Ya lah lani kan dah ada mcm mcm option social media yang lain yg lebih convinience untuk aku update. Kadang aku post kat FB kadang kat IG and lani tgh hot tiktok. Lagi seronok nak update sana sebab di hujung jari saja. Banding dgn blog nie hang nak kena bukak laptop bagai kan. Idea pulak skrg nie selalu mencurah2 time hang tgh berak kan. Takkan nak bukak lappy dalam jamban kan.

    Tahun baru 2023 nie aku celebrate kat Penang dengan family aku and family mertua aku. Depa balik dua minggu lagi dari aku. aku menyusul kemudian naik flight saja. Tapi tue lah, batuk semua pun tak berapa nak baik. Makan nasik kandaq pun aku tak boleh enjoy sebab rasa mcm telan ketui bara api masuk dalam tekak. Balik pun baru nie makan2 western saja. Nak makan berempah tak mampu nak telan.

    Tak jalan pi mana pun sebab lutut aku dok sakit. Nak cari siput hari tue pun mmg tergendala kaw2 sebab lutut buat hal. Sakit sangat kan. Ingat nak pi rumah mak sue kat balik pulau pun tak mampu. Tekak tak best nak bernafas pun tak best...lutut pulak sakit kan...jalan dekat2 saja lah hari tue balik. Jalan dalam gurney pun aku terhincut hincut. Gambaq kat bawah nie kat area karpal singh punya tepi laut. boleh lah layan2 angin petang. tempat meriah dengan manusia.



Tuesday, May 17, 2022

Telekung Cantik kat lazada

To all yg minat telekung kaler2 kan...boleh click kat gambaq kat bawah nie yek untuk beli. sila2.


https://c.lazada.com.my/t/c.1NaWdk

Thursday, September 16, 2021

KPI Year 22... Datang lagi.

     Dalam alam pekerjaan nih, KPI time nie mmg yang paling aku meluat sekali. WHY ???... Sebab kita akan di evaluate base on what have we done throughout the year and thing that we done for the year not all is listed in our KPI item. Meaning some ada yg boleh masuk some ada yg tak boleh masuk and need to be put in extra achievement. This part not always bos2 baca sebab they all baca if there is 2 staff have same mark...then only baru depa baca.

     Banyak benda yang aku buat tapi aku tak ingat nak tulis apa dalam kpi document...nak goreng apa pun aku tak berapa tau walaupun dah berbelas tahun kerja. Aku tak reti nak claim2 kerja2 yg bukan aku sendiri hands on it. Tapi nak wat camna kan...aku akan follow saja the flow and do some nonsense write up and see what happen. Enough ranting about KPI shit...

    Semalam aku order dadih kegemaran ramai kat rumah aku. Memang sedap, lembut manis and lemak berkrim. Nad and adam suka, and aku pun suka...depa saja sehari boleh 5 cup abis sorang. Tapi kalau tanya, tak pernah nak mengaku. Terutama sekali bini aku, dia mmg takkan kata dia makan, dia akan kata share dengan adam kononnya...kekekkeek...Nasik pun macam tue lah jugak, dia makan skit saja sambil suap kat anak2. Aku kalau suap anak2, suap mulut sendiri sama...kekekek. Takkan tukang suap dok suap saja kan, mesti kena ada upah. Bini aku mmg boleh buat suap tanpa upah nie.pastu tak abih dia mai suap kat aku sampai abih. Pastu dia beletiaq aku naik badan. kekekeke.

   Semalam aku balik rumah mak mertua aku. Depa dok buat peach strudel, wangi satu romah bakaq pastry kan.. Tapi aku bukan fan makan benda2 macam tue. aku nasik and ayam panggang type punya kkategory..makan nasik selambak and ayam sekoq...setel....nak gonyeh peach strudel kalau sampai esok tak kenyang. makan nak rasa2 okeylah kan. tapi mmg sedaplah...hari nie depa kata nak buat lagi...Mak mertua aku mmg tak reti dok diam kalau bab masak2 nie...ada saja dia nak try.

    Semalam jugaklah batrisya dok tuntut nak tidoq kat depan dengan abah dengan dia. peluk lengan aku nie macam laaa aku nak lari tinggai dia...hahaha...bapak suka mengusik kan...earlier dia satu sofa aku satu sofa.....dialog standard aku kalau nak perambat depa tidoq is....haa sudah...kalih sana pejam mata tidoq. adam ...kakak...kalih sana(mengiring kanan) pejam mata tidoq. So aku smelam mcm tue lah dengan batrisya...dia pejam mata saja aku mangkit dalam gelap nak amik aurelia mai tidoq dengan aku...batrisya nie sa kata bukak mata tgk aku takdak dalam gelap...dia keryau...mcm org kena dera nih...pukul 12am mcm tue...kekekekekke...abih bgn semua org...tu yg tidoq peluk tangan tak lepas tue. ya lah tangan pak dia besaq dari kaki mak dia kan...kekekeke...

Saya Aurelia