Lama dah nak makan ASAM PEDAS MELAKA. Tapi tak kesampaian, nak pi sampai ke MELAKA mmg jauh and bajet lari tuh untuk travel and toll. So google punya google, macam macam cara org buat asam pedas nih. Tapi tak berapa sure yang mana sama dengan ASAM PEDAS yang kat MELAKA tuh.
Nak kira jadi cerita, hari tue kat GoShop adalah depa dok juai periuk bagai kan. Kebetulan depa masak asam pedas pakai perencah by KHADIJAH IBRAHIM. Nampak macam sedap and memberansangkan. So kami dua laki bini pun ada misi yg harus diselesaikan iaitu jom pi cari perencah ASAM PEDAS MELAKA. Mana tau betui betui sedap kan.
Hari tue pun aku ada jumpa perencah KHADIJAH IBRAHIM nie kat MYDIN USJ. Tapi tak tergerak hati plak nak beli kan. Bila dah teringatbaru nak cari. So kami dua orang pun pi kat GIANT PUTRA HEIGHT dulu. Sebab ni yang paling dekat dengan rumah kami. So sesampainya kat GIANT PUTRA HEIGHT nih, seperti biasa batrisya nak berak and kencing. Tinggal tanda dulu. kekeke.
Lepas tue, kami pun pi la cari kat atas, harey betui. kat Giant takdak plak yg KHADIJAH IBRAHIM nih. Tapi ada jenama lain. Aku pun kaji lah kat situ jugak and decide nak amik ASAM FISH PASTE by CHEFFARO. Reason why aku amik yang nie is sebab satu pack dia pakai 450ml air. KHADIJAH IBRAHIM punya pakai 200ml air. Ikan kami banyak and berat. Kepala Salmon kan, so dua kepala pakai dua pack CHEFFARO nih. Kalau KHADIJAH IBRAHIM punya mau 5 pack. Dah la mahal RM6.50. CHEFFARO nie harga dia RM4.50 sajork. Bedal sajalah.
So, hari nie kami masak pakai paste nih. Memang terbaiklah sebab dia tak pedas and tak payah tambah apa dah. Tambah bendi and terung saja kot. Dalam 30 minit siap semua kot. Masa tunggu nak mendidih boleh buat telur dadar dah. huhuhuh. Batrisya makan KEPALA SALMON sepinggan settle dia. So "CHEFFARO ASAM FISH PASTE" is recommended untuk org yg malas macam kami and nak cepat. THORBAEK.
No comments:
Post a Comment